Tiada yang MUSTAHIL dalam hidup ini... jadikan MUSTAHIL sebagai ubat penguat untuk terus berUSAHA dan berJAYA...

22 Ogos 2009

Niat

Lafaz niat dan niat berpuasa:



"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -kerana Allah Ta'ala"
Pada malam 1 Ramadhan, elok ditambah perkataan Arab 'kullihi' (bermaksud: sekeliannya) sebelum lafaz '..LiLLahi Ta'ala'. Jika dibaca, ia bermaksud kita berniat puasa itu merujuk semua/sekelian/seluruh hari dalam bulan Ramadhan.

Contohnya seperti berikut:
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini ,sekeliannya- kerana Allah Ta'ala"


Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e - puasanya sah.



Doa berbuka puasa:



"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

12 Ogos 2009

Ragu

Adakah Ragu-ragu satu jenis penyakit? Selalu saja sesuatu perkara yang hendak dilakukan tergendala pabila ragu-ragu wujud dalam diri. Sama lah dalam nak mengupdate blog ni.. ragu lah menyebabkan usaha untuk mengupdate blog sering kali tertangguh. Apa yang mampu dibuat hanya membuka dan menutup saja blog selepas menjenguk walaupun tahu tiada apa yang berubah di blog sendiri.