Tiada yang MUSTAHIL dalam hidup ini... jadikan MUSTAHIL sebagai ubat penguat untuk terus berUSAHA dan berJAYA...

30 Julai 2009

Teringat Ke Suatu Ketika Dulu..

Saat ni teringat aku pada satu kejadian bertahun2 dulu berlaku..
masih ku ingat kerana kecewa terhadap permata hatiku yang
sulong disebabkan hanya kerana tidak mendengar kataku dan tidak mengendahkan cakapku... saat tu aku rasakan aku gagal berfungsi sebagai seorang ketua.. aku mahu anak mendapat asuhan dan pembentukkan aku.. kerana rasa kecewa itu aku terluah dengan cara yang difikirkan betul oleh ku saat itu...
tapi aku lupa adan insan lain yang tidak dapat menerima tindak balas aku dan tersentuh dan terluka hati serta perasaannya....
Dan seperti biasa aku, selepas segala ketidakpuasan hati terluah dengan tindakan.. aku mulai tenang dan saat itu kesedaran dan rasa bersalah wujud dalam diriku diatas apa yang telah aku lakukan... apa tindakan aku selanjutnya...
aku mengambil jalan yang cukup berat sebenarnya tetapi mudah.. korbankan sedikit keegoan diri dan perbetulkan keadaan... tidak hilang bisa ular kerana menyusur akar... jangan orang hilang hormat pada kita kerana tindak tanduk kita..

Bangau

BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau..
Kenapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus..
Ikan tak mahu timbul.. (2X)
Ikan oh ikan..
Kenapa engkau tidak timbul?
Macammana mana aku nak timbul..
Rumput panjang sangat.. (2X)

Rumput oh rumput,
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tidak panjang..
Kerbau tidak makan aku..(2X)

Kerbau oh kerbau,
Kenapa engkau tidak makan rumput?
Macam mana aku nak makan rumput,
Perut aku sakit..(2X)

Perut oh perut..
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tidak sakit..
Makan nasi mentah..(2X)

Nasi oh nasi..
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tidak mentah..
Kayu api basah..(2X)

Kayu oh kayu..
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tidak basah..
Hujan timpa aku..(2X)

Hujan oh hujan..
Kenapa engkau timpa kayu?
Macam mana aku tidak timpa kayu..
Katak panggil aku..(2X)

Katak oh katak..
Kenapa engkau panggil hujan?
Macam mana aku tidak panggil hujan..
Ular nak makan aku..(2X)

Ular oh ular..
kenapa engkau nak makan katak?
Macam mana aku tidak makan katak..
Memang makanan aku..(2X)

Begitulah dunia hari ini.. di mana kita?
berapa ramai antara kita yang sanggup jadi ular?

28 Julai 2009

Lupa

Perbezaan kertas soalan subjek yang sama, bersaiz A3

Lupa aku minggu ( hari ) ini anak didik aku perlu menduduki OTI 4 kalu bukan kerana anak ku juga menduduki peperiksaan aku akan terus lupa.. Lupa dan terlupa bukan sesuatu yang asing bagi sebahagian besar daripada kita terutama aku la... lupa atau buat-buat lupa merupakan satu penyakit ( dalam diri ) sebenarnya yang pada aku tiada ubat dengan mudah.

Hari ini budak2 sekolah rendah menduduki OTI 4. kerana lupa lah aku tidak mengambil tahu sangat tentang keperluan persediaan OTI 4 ini untuk anak didik. Aku terlupa bahawa ada anak didik aku yang mengalami pelbagai masalah bukan saja pendengaran, anggota malahan penglihatan juga ( tidak terlalu serius tapi masih perlu bantuan sewajarnya ). bernasib aku ada rakan seangkatan yang tidak lupa terhadap keperluan anak didik aku itu, maka disiapkan kertas soalan yang sewajar untuk nya. Terima kasih sahabat kerana prihatinan kamu.

Dalam kehidupan seharian kita terlalu banyak lupa kepada perkara-perkara yang pada kita kecil tetapi besar maknanya pada orang lain, kerana kita sering lupa bahawa kita adalah sebahagian daripada mereka dan mereka juga sebahagian daripada kita.

Kerna lupa jugalah aku gagal kemaskini blog aku ini walaupun aku tidak pernah lupa meninjau blog aku sendiri ( sedia maklum hanya aku jer yang nak tinjau blog aku ni ). aku lupa katakunci untuk membuka blog aku, makanya aku gagal kemaskini blog aku.