Tiada yang MUSTAHIL dalam hidup ini... jadikan MUSTAHIL sebagai ubat penguat untuk terus berUSAHA dan berJAYA...

15 Mei 2009

Mula

1.. 2.. 3..Mula...

Memulakan sesuatu merupakan satu perkara yang amat mudah sebenarnya tetapi untuk mengharungi, memenuhi/pengisian dan mempertahankan usaha-usaha adalah satu hal yang cukup/amat sukar, bukan sedikit pengorbanan masa, kudrat dan segalanya...diperlukan.

Berjalan dan berlari bermula dengan satu langkah (biarpun kecil langkahannya) tapi perlulah terus melangkah dan terus melangkah sehingga tiba ke suatu tujuan. Dalam memulakan langkahan atau perjalanan, jatuh dan terluka adalah suatu kemestian yang diperlukan. Biar jatuh dan tersungkur, melangkah perlu diteruskan jua untuk sampai ke hujung sana.. terlalu lemahkah.. jika hanya kerana sekali dua terjatuh, hasrat dan harapan atau mungkin impian untuk ke arah sana terpaksa dikorban dan dikuburkankan? sanggup berhenti atau perlukan merangkak semula dan membiarkan diri ditertawakan dan diperlekehkan..mungkin berhati batu untuk menggetepikan gurauan sinis itu tapi disekeliling dapatkan menerima semua itu. Hidup tidak keseorangan sebenarnya.. lihat disekeliling, kenal, mengerti dan fahami mereka.

Untuk melangkah ke arah suatu destinasi bukan hanya memerlukan atau cukup dengan satu langkah tapi mestilah berterusan melangkah sehingga dapat sampai ke arah yang dituju. Biarpun banyak dugaan dan rintangan yang diterpaksa dilalui dan ditempuhi sepanjang langkah.. semakin banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui semasa melangkah, semakin kaya lah dengan pengalaman yang tidak terdapat dimana-mana kedai sekali pun.. Jika disuratkan langkah terpaksa dihentikan dipertengahan dalam menuju kearah yang dituju, jangan sekali-kali dipersalahkan ranjau dan duri yang ada dalam perjalanan.. Bersyukur kerana diberi peluang dan terpilih untuk diuji oleh Nya.

Permulaan pertama melangkah ke alam blog..

14 Mei 2009

Kerja..

kerja... apa yang aku faham tentang perkataan ini ialah sesuatu perlakuan @ perbuatan yang akan mendapat imbuhan dalam bentuk duit@gaji samada hari, minggu @ bulan... makanya sesuatu yang dilakukan dan mendapat imbuhan itu dinamakan kerja. perlakuan yang dinamakan kerja ini juga perlulah dilakukan berulang-ulang dan berpanjangan.. seperti yang aku kerjakan sekarang... seawal 7 pagi aku turun untuk keje dan balik menjelang petang, begitulah 5 hari seminggu dan kekadang melangkau hari-hari hujung minggu... dan untuk itu dapatlah habuan yang tak diingini olehku... tapi untuk perlakuan aku 5 hari seminggu dapatlah imbuhannya pada 25hb tiap-tiap bulan..
sebahagian dari kita merungut tentang kerja tiap-tiap hari termasuklah aku...
banyak kerja...
susah kerja...
dok dang nok wak keje... tak dok/cukup masa, lenguh/dokrok
kerja gila... gila kerja